10/30/2011

CINTA: NASIONALISME... Baik atau Buruk?

CINTA: NASIONALISME... Baik atau Buruk?: Erm, berat gak topik ni... Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak. Apa masalah kita masyarakat Islam zaman sekarang... Kenap...

NASIONALISME... Baik atau Buruk?





Erm, berat gak topik ni... Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak. Apa masalah kita masyarakat Islam zaman sekarang... Kenapa masyarakat Islam begitu lemah untuk bersatu? Inilah salah satu punca yang mana kita sendiri tidak sedar... Berikut adalah beberapa idea menarik mengenai Nasionalisme.

1. Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance. In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community. Modern phenomena. (Encyclopedia Britannica). Secara kasarnya, nasionalisme tercetus oleh pemikir politik barat untuk memusnahkan cengkaman kuasa gereja dalam mentadbir hal negara atau dengan kata lainnya adalah fahaman sekular.

2. Kesatuan orang yang bersamaan asal keturunan, adat bangsa dan sejarahnya atau pemerintahan sendiri (Kamus DBP). 

3. Kerinduan atau keprihatinan terhadap tanah air, keharusan berjuang membebaskan tanah air dari cengkaman penjajahan dan ikatan kekeluargaan antara masyarakat, maka nasionalisme sedemikian dapat diterima, malah dalam situasai tertentu dianggap sebagai kewajipan yang harus dipikul. (Hassan Al-Banna).

4. Daripada beberapa makna nasionalisme di atas, dapat disimpulkan bahawa nasionalisme mempunyai baik dan buruk bergantung kepada sesebuah negara dan masyarakat sosialnya sendiri. Walau bagaimanapun, apa yang kita dapat lihat sekarang penyatupaduan ummah telah berjaya dilemahkan. Contoh paling dekat kita ambil ialah antara Malaysia dan Indonesia. Walaupun kedua-duanya merupakan masyarakat Islam namun ada kalanya kita akan dengar perkataan baru seperti "Malingsia" dan "Indon". Perkara ini bukan sahaja terjadi pada kita malah terhadap negara masyarakat Islam lainnya di muka bumi ini.

5. Ketika Palestin diserang dan ditindas setiap hari, siapakah yang membantu? Ketika Pemerintah Iraq dijatuhkan atas sebab alasan diktator dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran, siapakah yang membantu? Ketika pemerintah Libya dijatuhkan dibuminya sendiri atas alasan diktator, siapakah yang membantu? Ketika berjuta-juta umat Islam dibunuh dengan alasan Collateral Damage, siapakah yang membantu? Persoalan demi persoalan timbul. 

6. Dimanakah letaknya istilah UMMAH ataupun Umat Muhammad s.a.w. Umat Islam dikatakan bersaudara antara satu sama lain tetapi apa yang terjadi pada hari ini. Mata hati kita dibutakan dengan pelbagai istilah baru dan kita masih selesa. Selepas ini giliran siapa pula... Hanya Allah yang tahu. 

7.  Saya ingin mengingati diri saya dan anda semua, berhati-hatilah kita dengan pelbagai istilah barat yang kita gunakan sekarang. Kajilah ia terlebih dahulu. Adakalanya istilah tersebut mempunyai maksud tersirat yang kita sendiri tidak nampak, dan berhati-hatilah dengan dunia sekarang. Didiklah zuriat kita dengan Ilmu Tauhid dan selalulah berzikir, InsyaAllah akan dibukakan pintu hati kita dan ditunjukkan jalan yang benar.