8/25/2011

Fakta Yang Kita Tak Tau Pasal Mi Segera

Ramai orang suka sangat makan mi segera. Macam-macam perisa ada. Mee goreng, mee tomyam, mee asam laksa n ntah apa-apa lagi la. Entry kali ni nak sentuh tentang fakta dan keajaiban mi segera yang kita tak tahu. Kepada peminat setia Mee Segera, fakta ini akan membuatkan anda berfikir 10 kali untuk makan mee segera.


Fakta:


1. Idea Mee Segera tercetus daripada Dinasti Qing di China.


2. Menurut satu undian di Jepun, Mee Segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.


3. Pada tahun 2005, 85 billion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia.


4. Mee segera bukan sahaja menjadi makanan asas pelajar universiti tetapi sebagai penanda aras ekonomi.


5. Sepinggan Mee segera mempunyai kabohidrat yang tinggi tetapi rendah vitamin, serat dan mineral.


6. Kandungan lemak tepu yang tinggi.


7. Kandungan MSG dan natrium yang tinggi.


8. Kandungan dioksin dalam pembungkus yang menyerupai hormon.


9. Sesetengahnya mempunyai bahan pengawet yang berbahaya.


10. Makanan ekonomi dunia.


Fakta Berbahaya:


1. Asid Tartarik: Bahan kimia dalam julap dan ada digunakan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.


2. Kalsium Oksida: Digunakan bagi merawat sisa buangan dan racun serangga.


3. Tertiary Butylhydroxyquinone(TBHQ): Berasaskan petroleum.


4. BHT: Risiko karsinogen dan kesan bahaya kepada ginjal.


5. Propyl Gallate: Sebatian seperti hormon. Kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin sihat dan pengeluaran sperma.


6. Pentasodium Triphospate: Bahan pencuci paling berkuasa. (Aplikasi lombong dan rawatan air).


7. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Aplikasi pendingin, antibeku automotif, cecair berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan membawa risiko kerosakan ginjal.


8. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu, minyak pelincir dan jubin tahan panas.


9. Pewarna Tiruan: Menyumbang kepada hiperaktiviti kanak-kanak, gangguan visual dan pembelajaran dan kerosakan saraf.


So, kalau nak makan Mi Segera boleh, tapi kalau hari-hari, elok makan roti je. Cari alternatif lain kalau poket tu dah kosong sangat. Jangan sebab kita nak save, kita terpaksa keluarkan duit yang banyak kemudian hari. Sama-samalah kita kongsi fakta ini :-)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan