8/15/2011

Lailatul Qadar



1. Lailatul qadar menjelang tiba namun sudah siapkah kita untuk malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan? Sudah pasti jawapannya belum namun persoalannya tahukah kita apa itu malam Lailatul Qadar dan bagaimanakah tanda-tanda Lailatul Qadar itu serta apakah amalan yang perlu kita lakukan sepanjang 15 malam terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini?

2. Pengertian Lailatul Qadar
    Lailatul Qadar adalah malam yang mana Al-Quran diturunkan kepada manusia dan semesta alam (Al-Quran 97:1). Malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan(Al-Quran 97:3) bermaksud malam ini lebih baik daripada seribu bulan kerana pada malam ini Allah telah mengurniakan hidayah kepada hambanya dan menerangi kegelapan hati hamba-hambanya. Alhamdulillah. Malam Lailatul Qadar bukanlah seperti menunggu sahaja dan memerhatikan langit tetapi pada usaha yang dilakukan haruslah ditingkatkan sebelum Ramadhan semasa Ramadhan dan selepas Ramadhan. InsyaAllah, dapat menjamin ibadat berterusan. Lailatul Qadar tidak datang sendiri tetapi datang kepada hamba pilihan Allah. Hanya rahmat daripadanya yang menentukan sama ada kita akan mendapat peluang pada malam ini ataupun tidak.


3. Tanda-tanda Lailatul Qadar 
    Dan apakah jalannya engkau dapat mengetahui kebesaran Malam Lailatul Qadar itu(Al-Quran 97:2).
  •  Udara dan angin terasa tenang - Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 

    Lailatul Qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, keesokannya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah.

  • Hati manusia yang beribadat terasa tenang dan sejuk, tidak seperti malam2 lainnya.
  • Pokok-pokok kelihatan condong sedikit. 

3. Apakah yang terjadi pada malam Lailatul Qadar?
    Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang akan berlaku pada tahun berikutnya) (Al-Quran 97:4). Dan ketika malaikat turun apakah yang sedang kita lakukan? Adakah sedang lena dibuai mimpi ataupun sibuk melakukan perkara-perkara duniawi ataupun lebih teruk lagi adakah kita sedang melakukan maksiat? Nauzubillahi minzalik. Malam ini seharusnya diisi dengan segala ibadah yang mampu kita lakukan sebagai hambanya dan berharap agar selepas bulan Ramadhan ini, segala ibadah yang kita lakukan akan kekal sepertimana di bulan Ramadhan. InsyaAllah.

4. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar (Al-Quran 97:5). Justeru, marilah kita sama-sama meningkatkan lagi usaha di bulan Ramadhan ini, berdoa supaya segala ibadah kita diterima Allah s.w.t dan dalam masa yang sama kehidupan kita di dunia yang sementara ini diberkati. InsyaAllah. :-) dan sekiranya kita menemui malam Lailatul Qadar itu, sama-samalah kita membaca doa ini. InsyaAllah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan