8/21/2011

Tips Menjadi Seorang Penyabar

Marah, mengamuk, x reti duk diam, gopoh gapah. Itu adalah antara contoh orang yang hilang kawalan diri. Apa kebaikan penyabar. Kalau kita sabar sebenarnya kita untung sebab kadangkala kita dapat lihat sesuatu di sebalik kejadian yang berlaku. Sekiranya satu ujian melanda kita, kitalah menentukan bagaimana kita nak atasi. Adakah dengan gopoh gapah? Adakah dengan marah? Ataupun adakah dengan bersifat penyabar dan cool pastu atasi dengan tenang dan rela hati? Terpulang kepada kita sebenarnya. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu...

1. Ambil Wudhuk
Ini adalah faktor penting bagi orang yang da marah pastu rasa cam otak da nak meletup. Api dapat dipadam dengan air. Relax, tenangkan fikiran, niat, ambil Wudhuk, tawakal dan fikir apa akan jadi kalau kita marah dan apa akan jadi kalau kita tenang.

2. Journal
Ambil sebatang pensil dan beli satu buku 555. Letak dalam poket baju. Setiap kali rasa gopoh gapah atau hilang sabar, tulis dalam buku tu keadaan apa yang buatkan kita hilang sabar. Dalam seminggu, kita akan sedar ada sesetengah perkara yang x memerlukan kita marah pun.

3. Cari Sebab Kenapa Kita Selalu Nak Cepat
Dalam sesetengah keadaan terutamanya ketika belajar dan kerja, banyak perkara yang kita perlu buat dalam satu masa. So xyah risau, ambil pen dan kertas, buat To Do List. Settlekan satu persatu dan gariskan mana yang da settle. Jangan lupa pulak buat time line. Kalau rasa susah sangat nak settle, bagi kat orang lain sikit, mintak tolong dia buat ataupun dalam Bahasa Inggerisnya, Delegate.

4. Perkara Yang Buat Kita Jadi Hilang Sabar
Lain orang lain cara. Ada sesetengah orang jadi hilang sabar sebab last minute baru orang bagitau dia suruh wat kerja ni kerja tu. So, dalam hal ni kita kena tahu kat point mana yang selalu kita hilang sabar. List kan point tu, try to counter it and next time be careful of that point.

5. Teknik Bernafas
Kalau kita marah ataupun nak cepat biasanya kadar kita bernafas akan meningkat dengan pantas. So, bila kita da tau kita akan marah, take some time, tarik nafas panjang-panjang dan lepas. Ulang dalam satu minit dan try to relax. Tu je pun.

6. Sesuatu Perkara Akan Ambil Masa
Selalu ingatkan diri anda sesuatu perkara itu akan ambil masa dan tidak akan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Contohnya kalau kita marah kat seseorang mmg adakalanya rasa cam nak balas dendam, nak kenakan dia pulak. So, jalan paling baik xyah. Try untuk buat benda yang x stress contohnya jalan-jalan shopping atau tidur. Then after that start thinking again. It means you think twicekan. :-)

7. Expect For The Unexpected
Ni la faktor yang ramai orang xda. Kalau rasa ada sesuatu perkara tu x bergerak ikut plan kita, itu normal. So jangan take it too serious. Bila buat some planning, always expect the unexpected and prepare for the worse case scenario. Kalau kita wat camni, at least kita da prepare and bila plan tu x menjadi xda la rasa cam terkejut beruk.

8. Beri Ruang Untuk Diri Sendiri
Masalah yang selalu dihadapi orang ialah selalu sangat hilang kawalan sebab terlalu terikat dengan keadaan. Jalan terbaik, ambil masa antara satu hingga dua minit. Xyah tengok TV atau dengar radio. Relax dan tenangkan fikiran. Xlama kan, satu atau dua minit je pun.

9. Keputusan Akhir
Ingat, bila kita terperangkap dalam satu keadaan, sudah pasti ada keputusan akhir. So, kita leh atasi dengan cara x sabar ataupun dengan cara cool. Try untuk tengok keputusan akhir tu macam mana dan kita akan tahu camner kita nak bertindak.

As a conclusion, diharap tips-tips di atas dapat membantu terutamanya kepada orang yang panas baran dan selalu hilang sabar. Orang di sekililing kita lagi suka kalau kita bersabar. As a leader, kalau kita hilang sabar, basically akan effect kepada orang yang berada di bawah kita.

Al-Mukminun [111] Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan