8/13/2011

MANUSIA BERGELAR ISTERI




   Rasulullah SAW  bersabda, maksudnya :
         Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana  empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.  Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…
1. Kerana Hartanya
Harta itu tidak kekal dan adalah dunia semata-mata. Rezeki adalah kurniaan Allah s.w.t. Saya mengesyorkan disini,  harta bukanlah satu faktor yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga kerana salah dalam mengurusnya boleh membawa kemusnahan tanpa kita sedari.
2. Keturunannya
Allah s.w.t telah menjadikan manusia di atas muka bumi ini dengan pelbagai bangsa supaya kita dapat mengenal sesama kita. Keturunan merupakan satu faktor yang penting kerana sebelum kita berkahwin, eloklah kita memeriksa pasangan kita kerana ada juga penyakit yang diwarisi dengan keturunan. 
3. Kecantikannya
Salah satu faktor yang penting juga kerana kalau isteri kita tidak cantik boleh menyebabkan kita mencari perempuan lain bagi sesetengah orang. Biarlah cantik di mata kita, zahir dan batin. Bukan zahir sahaja tetapi sikap dan perangainya tidak menyenangkan kita adalah satu faktor yang dapat mempengaruhi kebahagiaan rumahtangga.
4. Agamanya.
Alhamdulillah, ini adalah faktor yang patut diteliti dan dikaji sedalam-dalamnya. Bakal isteri kita akan menjadi salah satu daripada kehidupan kita satu hari nanti. IsyaAllah sehingga ke nafas terakhir. Kita juga akan mendapat zuriat bersama isteri kita. Jadi seeloknya carilah yang mempunyai pengetahuan agama dan amalan yang mulia, insyaAllah dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan hidup berlandaskan Islam. 
Dan bagi saya, yang penting adalah serasi. Kalau tidak serasi, biar cantik macam mana pun, susah bagi kita mempertahankan rumahtangga.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan